Saturday, March 28, 2020

GOOGLE CLASSROOM TINGKATAN 1

Sila klik nama kelas untuk join  Google Classroom dan masukkan code class yang diberi.

1. Tingkatan  1 KRK ; class code : lreaw7p



CARA LOGIN GOOGLE CLASSROOM


1. LOGIN MENGGUNAKAN ALAMAT EMAIL (GOOGLE MAIL)




2. KLIK TANDA + DI HUJUNG KANAN DAN KLIK JOIN CLASS







3. MASUKKAN CLASS CODE DAN TEKAN BUTANG JOIN




CARTA GANNT

Berikut adalah carta gannt perjalanan kerja kursus KPKAT3 untuk tahun 2020


*RANGKA KERJA UNTUK M1-M3 (MAC & APRIL-SEPANJANG MINGGU PKP-COVID19)

M1

Langkah 1: Menyatakan penggunaan teknik pemikiran komputasional dalam penyelesaian tugasan yang diberikan dan mengenal pasti setiap aspek masalah serta meleraikannya supaya mudah difahami secara bertulis.


a) Mengenal pasti setiap aspek masalah yang perlu dileraikan melalui tugasan yang telah ditetapkan.
b) Mencadangkan penggunaan teknik pemikiran komputasional dalam penyelesaian yang ditemukan dalam tugasan.
c) Mencari maklumat berkaitan tugasan yang telah ditetapkan.



M3

Langkah 2: Menerangkan persamaan atau perbezaan masalah yang telah dikenal pasti melalui teknik pengecaman corak serta menterjemah idea dengan menulis langkah-langkah penyelesaian dalam bentuk pseudokod dan carta alir untuk menunjukkan pelaksanaan teknik peniskalaan dalam fasa reka bentuk atur cara.


a) Mengenal pasti masalah yang ditemukan dalam tugasan yang dikaji.
b) Membuat pelan perancangan (Carta Gantt).
c) Membuat pengecaman corak persamaan atau perbezaan masalah yang telah dikenal pasti.
d) Menulis langkah-langkah penyelesaian terhadap penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti.
e) Menentukan aspek penting dalam penulisan pseudokod dan carta alir.
f) Mengenal pasti aspek penting dalam penyelesaian masalah.
g) Menulis pseudokod dan melukis carta alir berdasarkan langkah-langkah penyelesaian yang telah dikenal pasti.

Friday, March 27, 2020

BUKU TEKS ASK


GOOGLE CLASSROOM TINGKATAN 3

Sila klik nama kelas untuk join  Google Classroom dan masukkan code class yang diberi.

1. Tingkatan 3KRK ; class code : bnowdsy

2. Tingkatan 3 Karisma ; class code : by4sfly

3. Tingkatan 3 Bestari ; class code : ot6szon


CARA LOGIN GOOGLE CLASSROOM


1. LOGIN MENGGUNAKAN ALAMAT EMAIL (GOOGLE MAIL)


2. KLIK TANDA + DI HUJUNG KANAN DAN KLIK JOIN CLASS



3. MASUKKAN CLASS CODE DAN TEKAN BUTANG JOIN




Tuesday, March 24, 2020

SOALAN KERJA KURSUS SMK AGASEH TAHUN 2020


SOALAN
TEMA
1

(KELAS 
3 KRK)
PENGURUSAN UJIAN SEGAK

SITUASI
Ujian SEGAK yang dijalankan secara sistematik wajib dijalankan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos serta diharap dapat memotivasikan murid untuk mengamalkan cara hidup aktif dan sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PERNYATAAN MASALAH
Anda dikehendaki menghasilkan satu aturcara pengiraan skor murid yang menjalankan ujian SEGAK berdasarkan 4 komponen utama aktiviti iaitu Ringkuk Tubi Separa,Tekan Tubi,Naik Turun Bangku dan Jangkauan Melunjur.Murid perlu memasukkan umur dan jantina serta bilangan pencapaian bagi mendapatkan skor mereka.Mereka dibahagikan mengikut skor 5 BINTANG(CEMERLANG),4 BINTANG (SANGAT BAIK),3 BINTANG(BAIK),2 BINTANG (SEDERHANA) DAN 1 BINTANG(USAHA LAGI).

Aturcara ini juga memaparkan samada murid tersebut layak mendapat sijil SEGAK peringkat sekolah iaitu untuk pencapaian CEMERLANG DAN SANGAT BAIK sahaja.























SOALAN
TEMA
2

(KELAS 
3 KARISMA)
BAYARAN DENDA LEWAT PUSAT SUMBER SEKOLAH

SITUASI
Pihak Pusat Sumber Sekolah sering berdepan dengan masalah-masalah seperti kelewatan pemulangan buku yang dipinjam dan sebagainya.Justeru itu keperluan untuk satu sistem pengurusan data adalah amat diperlukan agar proses bayaran dengan kelewatan pemulangan buku dapat dijalankan dengan lebih bersistematik.
PERNYATAAN MASALAH
Bina satu atur cara yang mengira jumlah bayaran denda lewat pemulangan buku berdasarkan kategori peminjam ,bilangan hari lewat serta bilangan buku yang dipinjam.Sila rujuk  jadual berikut:

Kategori
Bayaran Denda Lewat
Guru
RM 0.50 /perhari /perbuku
Pelajar
RM 0.50 /perhari/perbuku
Orang Luar
RM 1.00/perhari/perbuku

Aturcara akan memaparkan jumlah hari lewat dan jumlah bayaran denda yang dikenakan.

Aturcara juga akan memaparkan peminjam yang layak mendapat diskaun mengikut tahap berikut:
               1. DISKAUN 50 %  jika bilangan hari lewat  kurang daripada 5 hari
       2. TIADA DISKAUN bagi bilangan hari lewat melebihi 5 hari.





























SOALAN
TEMA
3

(KELAS 
3 BESTARI)
PENGURUSAN KOKURIKULUM

SITUASI
Pencapaian murid dalam bidang kokurikulum diukur berdasarkan penglibatan mereka dalam tiga bidang iaitu Badan Beruniform,Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan.Ketiadaan sistem maklumat berkomputer bagi mengira pencapaian murid menyukarkan tugas-tugas pemberian sijil pencapaian kokurikulum mengikut tahun dan tingkatan.

PERNYATAAN MASALAH
Anda dikehendaki menghasilkan satu aturcara yang memaparkan laporan ringkas aktiviti kokurikulum murid sekolah anda. Murid perlu memasukkan  jawatan yang disandang  bagi setiap aktiviti kokurikulum dan markah diberi berdasarkan jadual di bawah.

Jawatan
Markah
Pengerusi
10
Naib Pengerusi
8
Setiausaha
6
Bendahari
5
Ahli aktif
4
Ahli Biasa
2

Mereka akan dibahagikan mengikut markah keseluruhan seperti berikut:
1.       ANDA CEMERLANG DALAM BIDANG KOKURIKULUM jika markah keseluruhan melebihi 20
2.       AKTIF DALAM BIDANG KOKURIKULUM jika markah keseluruhan lebih daripada 10
3.       TIDAK AKTIF DALAM BIDANG KOKURIKULUM jika markah keseluruhan kurang daripada 10

4.       Aturcara ini juga memaparkan samada murid tersebut layak mendapat SIJIL KOKURIKULUM  peringkat sekolah iaitu untuk pencapaian CEMERLANG DAN AKTIF sahaja.
















































i)                 Anda akan membina salah satu atur cara di atas dengan menggunakan mana-mana bahasa pengaturcaraan yang telah dipelajari (Python dan Scratch).
ii)               Pendokumentasian hendaklah menggunakan teknik pemikiran komputasional untuk menyelesaikan masalah dalam kelima-lima fasa pembangunan atur cara.
iii)         Bahan pembentangan boleh disediakan dalam bentuk persembahan Power Point, video atau lain-lain yang difikirkan sesuai






KERJA KURSUS PROJEK PT3 2020


ARAHAN KEPADA MURID

a)               KPKAT3 ini wajib dilaksanakan oleh murid PT3 tahun semasa dalam tempoh Mac hingga Ogos.

b)        Laporan KPKAT3 hendaklah dalam bentuk salinan lembut (softcopy) atau salinan keras (hardcopy) dan proses penulisan laporan dilaksanakan dalam enam waktu PdP di sekolah serta mendapat bimbingan guru.

c)                Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dibuat di luar waktu PdP.

d)          Membawa Surat Kebenaran untuk Melawat atau Menemuramah dan Mendapatkan Bahan Sumber serta Surat Akuan Diri Murid sekiranya perlu mendapatkan maklumat tambahan semasa menjalankan KPKAT3.

e)               Menjalankan penyelidikan projek dan pembentangan KPKAT3 secara individu.

f)                Melaksanakan KPKAT3 mengikut prosedur kerja yang betul dan penulisan dokumentasi KPKAT3 mengikut format penulisan yang ditetapkan.

g)               Murid hendaklah menghasilkan laporan KPKAT3 sendiri berdasarkan tema atau tajuk yang ditentukan oleh pihak sekolah.

h)                 Penulisan dokumentasi KPKAT3 murid perlu mematuhi aspek tatabahasa.

i)                   Masa pembentangan KPKAT3 ialah antara 3-5 minit bagi setiap murid.

j)                   Pentaksiran/ penilaian proses kerja murid dilakukan sepanjang masa kerja projek dilaksanakan.

k)                 Memperakukan kerja projek dengan menandatangani perakuan murid pada muka hadapan kerja projek.



FORMAT PENULISAN

a)              Laporan projek KPKAT3 hendaklah ditulis tangan atau bertaip dalam kertas saiz A4 bersaiz huruf 12 pt dan jenis tulisan Times New Roman atau Times Roman atau jenis yang mudah dan sesuai dibaca.

b)              Penulisan sumber rujukan hendaklah mengikut format yang betul (Lampiran 13).

c)              Penerangan grafik muka hadapan laporan projek KPKAT3 adalah seperti berikut:


i.               Muka hadapan pelaporan KPKAT3 mengikut contoh yang disediakan iaitu Borang      Pentaksiran Individu (Lampiran 7).

ii.              Perlu dikokot dan tidak perlu ring binding.  
iii.            Tidak perlu memasukkan senarai kandungan dalam pelaporan