SOALAN
|
TEMA
|
1
(KELAS
3 KRK) |
PENGURUSAN UJIAN SEGAK
|
SITUASI
|
|
Ujian SEGAK yang dijalankan secara sistematik wajib dijalankan dua kali
setahun pada bulan Mac dan Ogos serta diharap dapat memotivasikan murid untuk
mengamalkan cara hidup aktif dan sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
|
|
PERNYATAAN MASALAH
|
|
Anda dikehendaki menghasilkan satu aturcara pengiraan skor
murid yang menjalankan ujian SEGAK berdasarkan 4 komponen utama aktiviti
iaitu Ringkuk Tubi Separa,Tekan Tubi,Naik Turun Bangku dan Jangkauan
Melunjur.Murid perlu memasukkan umur dan jantina serta bilangan pencapaian
bagi mendapatkan skor mereka.Mereka dibahagikan mengikut skor 5
BINTANG(CEMERLANG),4 BINTANG (SANGAT BAIK),3 BINTANG(BAIK),2 BINTANG
(SEDERHANA) DAN 1 BINTANG(USAHA LAGI).
Aturcara ini juga memaparkan samada murid tersebut layak mendapat
sijil SEGAK peringkat sekolah iaitu untuk pencapaian CEMERLANG DAN SANGAT
BAIK sahaja.
|
SOALAN
|
TEMA
| |||||||
2
(KELAS
3 KARISMA) |
BAYARAN DENDA LEWAT PUSAT SUMBER SEKOLAH
| |||||||
SITUASI
| ||||||||
Pihak Pusat Sumber Sekolah sering berdepan dengan masalah-masalah seperti kelewatan pemulangan buku yang dipinjam dan sebagainya.Justeru itu keperluan untuk satu sistem pengurusan data adalah amat diperlukan agar proses bayaran dengan kelewatan pemulangan buku dapat dijalankan dengan lebih bersistematik.
| ||||||||
PERNYATAAN MASALAH
| ||||||||
Bina satu atur cara yang mengira jumlah
bayaran denda lewat pemulangan buku berdasarkan kategori peminjam ,bilangan
hari lewat serta bilangan buku yang dipinjam.Sila rujuk jadual berikut:
Aturcara akan memaparkan jumlah hari
lewat dan jumlah bayaran denda yang dikenakan.
Aturcara juga akan memaparkan peminjam
yang layak mendapat diskaun mengikut tahap berikut:
1. DISKAUN
50 % jika bilangan hari lewat kurang daripada 5 hari
2. TIADA DISKAUN bagi bilangan hari lewat melebihi 5 hari. |
SOALAN
|
TEMA
|
|||||||||||||
3
(KELAS
3 BESTARI) |
PENGURUSAN
KOKURIKULUM
|
|||||||||||||
SITUASI
|
||||||||||||||
Pencapaian murid dalam bidang
kokurikulum diukur berdasarkan penglibatan mereka dalam tiga bidang iaitu
Badan Beruniform,Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan.Ketiadaan
sistem maklumat berkomputer bagi mengira pencapaian murid menyukarkan
tugas-tugas pemberian sijil pencapaian kokurikulum mengikut tahun dan
tingkatan.
|
||||||||||||||
PERNYATAAN MASALAH
|
||||||||||||||
Anda dikehendaki menghasilkan satu
aturcara yang memaparkan laporan ringkas aktiviti kokurikulum murid sekolah
anda. Murid perlu memasukkan jawatan yang
disandang bagi setiap aktiviti kokurikulum dan markah diberi
berdasarkan jadual di bawah.
Mereka akan dibahagikan mengikut
markah keseluruhan seperti berikut:
1. ANDA CEMERLANG
DALAM BIDANG KOKURIKULUM jika markah keseluruhan melebihi 20
2. AKTIF DALAM BIDANG
KOKURIKULUM jika markah keseluruhan lebih daripada 10
3. TIDAK AKTIF DALAM
BIDANG KOKURIKULUM jika markah keseluruhan kurang daripada 10
4. Aturcara ini juga
memaparkan samada murid tersebut layak mendapat SIJIL
KOKURIKULUM peringkat sekolah iaitu untuk pencapaian CEMERLANG DAN
AKTIF sahaja.
|
i) Anda akan
membina salah satu atur cara di atas dengan menggunakan mana-mana bahasa
pengaturcaraan yang telah dipelajari (Python dan Scratch).
ii) Pendokumentasian
hendaklah menggunakan teknik pemikiran komputasional untuk menyelesaikan
masalah dalam kelima-lima fasa pembangunan atur cara.
iii) Bahan pembentangan boleh disediakan dalam bentuk persembahan
Power Point, video atau lain-lain yang difikirkan sesuai
No comments:
Post a Comment