Tuesday, March 24, 2020

KERJA KURSUS PROJEK PT3 2020


ARAHAN KEPADA MURID

a)               KPKAT3 ini wajib dilaksanakan oleh murid PT3 tahun semasa dalam tempoh Mac hingga Ogos.

b)        Laporan KPKAT3 hendaklah dalam bentuk salinan lembut (softcopy) atau salinan keras (hardcopy) dan proses penulisan laporan dilaksanakan dalam enam waktu PdP di sekolah serta mendapat bimbingan guru.

c)                Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dibuat di luar waktu PdP.

d)          Membawa Surat Kebenaran untuk Melawat atau Menemuramah dan Mendapatkan Bahan Sumber serta Surat Akuan Diri Murid sekiranya perlu mendapatkan maklumat tambahan semasa menjalankan KPKAT3.

e)               Menjalankan penyelidikan projek dan pembentangan KPKAT3 secara individu.

f)                Melaksanakan KPKAT3 mengikut prosedur kerja yang betul dan penulisan dokumentasi KPKAT3 mengikut format penulisan yang ditetapkan.

g)               Murid hendaklah menghasilkan laporan KPKAT3 sendiri berdasarkan tema atau tajuk yang ditentukan oleh pihak sekolah.

h)                 Penulisan dokumentasi KPKAT3 murid perlu mematuhi aspek tatabahasa.

i)                   Masa pembentangan KPKAT3 ialah antara 3-5 minit bagi setiap murid.

j)                   Pentaksiran/ penilaian proses kerja murid dilakukan sepanjang masa kerja projek dilaksanakan.

k)                 Memperakukan kerja projek dengan menandatangani perakuan murid pada muka hadapan kerja projek.



FORMAT PENULISAN

a)              Laporan projek KPKAT3 hendaklah ditulis tangan atau bertaip dalam kertas saiz A4 bersaiz huruf 12 pt dan jenis tulisan Times New Roman atau Times Roman atau jenis yang mudah dan sesuai dibaca.

b)              Penulisan sumber rujukan hendaklah mengikut format yang betul (Lampiran 13).

c)              Penerangan grafik muka hadapan laporan projek KPKAT3 adalah seperti berikut:


i.               Muka hadapan pelaporan KPKAT3 mengikut contoh yang disediakan iaitu Borang      Pentaksiran Individu (Lampiran 7).

ii.              Perlu dikokot dan tidak perlu ring binding.  
iii.            Tidak perlu memasukkan senarai kandungan dalam pelaporan


No comments:

Post a Comment