Berikut adalah carta gannt perjalanan kerja kursus KPKAT3 untuk tahun 2020
*RANGKA KERJA UNTUK M1-M3 (MAC & APRIL-SEPANJANG MINGGU PKP-COVID19)
M1
Langkah 1: Menyatakan penggunaan teknik pemikiran komputasional dalam penyelesaian tugasan yang diberikan dan mengenal pasti setiap aspek masalah serta meleraikannya supaya mudah difahami secara bertulis.
a) Mengenal pasti setiap aspek masalah yang perlu dileraikan melalui tugasan yang telah ditetapkan.
b) Mencadangkan penggunaan teknik pemikiran komputasional dalam penyelesaian yang ditemukan dalam tugasan.
c) Mencari maklumat berkaitan tugasan yang telah ditetapkan.
M3
Langkah 2: Menerangkan persamaan atau perbezaan masalah yang telah dikenal pasti melalui teknik pengecaman corak serta menterjemah idea dengan menulis langkah-langkah penyelesaian dalam bentuk pseudokod dan carta alir untuk menunjukkan pelaksanaan teknik peniskalaan dalam fasa reka bentuk atur cara.
a) Mengenal pasti masalah yang ditemukan dalam tugasan yang dikaji.
b) Membuat pelan perancangan (Carta Gantt).
c) Membuat pengecaman corak persamaan atau perbezaan masalah yang telah dikenal pasti.
d) Menulis langkah-langkah penyelesaian terhadap penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti.
e) Menentukan aspek penting dalam penulisan pseudokod dan carta alir.
f) Mengenal pasti aspek penting dalam penyelesaian masalah.
g) Menulis pseudokod dan melukis carta alir berdasarkan langkah-langkah penyelesaian yang telah dikenal pasti.
No comments:
Post a Comment